Terma

Terma Perkhidmatan

Terma penggunaan portal cashout Creative Solution Enterprise, termasuk caj, semakan pembayaran, maklumat bank dan ketersediaan perkhidmatan.

Penggunaan portal

Dengan menggunakan portal ini, anda mengesahkan bahawa maklumat yang diberikan adalah tepat dan anda mempunyai kebenaran untuk menggunakan kaedah pembayaran serta akaun bank yang berkaitan dengan transaksi.

Caj dan payout

Kadar semasa portal ialah 4.99% daripada jumlah pembayaran. Caj dan anggaran payout dipaparkan sebelum transaksi ditempah. Pelanggan perlu menyemak maklumat tersebut sebelum meneruskan.

Pengesahan pembayaran

Aliran semasa menggunakan semakan manual terhadap resit atau bukti pembayaran. Penghantaran resit tidak bermaksud pembayaran telah disahkan. Status hanya berubah selepas semakan pentadbir.

Maklumat bank

Pelanggan bertanggungjawab memastikan nama penerima, bank dan nombor akaun adalah betul. Kesilapan maklumat boleh menyebabkan kelewatan atau kegagalan payout.

Ketersediaan

Permohonan tertakluk kepada kapasiti harian sistem, semakan transaksi, keadaan perbankan, kaedah pembayaran yang tersedia serta terma dan keperluan penyedia berkaitan.

Platform pihak ketiga

Creative Solution Enterprise ialah penyedia perkhidmatan bebas. Penggunaan nama atau logo pihak ketiga pada laman ini tidak menyatakan hubungan rasmi, pemilikan atau endorsement.

Hubungi kami

Pertanyaan berkaitan terma ini boleh dihantar ke cre8ivesolenterprise@gmail.com.